Latar belakang sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo (SMKPP) mula-mula dikenali sebagai Polo Ground Secondary School, terletak di Jalan Sepoy Lines (Lot 1062, Georgetown, North East District) dengan keluasan 3.26 ekar atau105,471 kaki persegi.
| 5 Januari 1970 | • | Pengetua pertama ialah Cik Tan Siew Tuan |
| • | Bermula secara rasmi dengan satu sesi persekolahan | |
| • | Terdapat seramai 719 orang murid perempuan dari kelas peralihan hingga tingkatan dua | |
| • | Cuma mempunyai dua blok bangunan iaitu Blok A dan Blok B dengan 19 buah bilik darjah | |
|
1971 |
• | Nama sekolah ditukar ke Sekolah Menengah Padang Polo |
|
1972 |
• | Dua sesi persekolahan mula diadakan |
|
1977 |
• | Blok C dibina |
|
1978 |
• | Blok D dibina |
|
1991 |
• | Sebuah Bilik Kaunseling disediakan |
|
1993 |
• | Sebuah Makmal Komputer (PIBG) disediakan |
|
1994 |
• | Di bawah pimpinan pengetua Pn. Aminah Bt. Datuk Haji Mohd. Nor, majalah sekolah yang pertama berjudul ‘MEKAR’ diterbitkan |
|
1996 |
• | Sekolah bertukar menjadi satu sesi persekolahan |
|
2001 |
• | Murid lelaki mula dimasukkan ke sekolah bagi tingkatan peralihan dan tingkatan satu |
|
2002 |
• | Sebuah surau, Makmal TMK dan Dewan Serbaguna dibina |
|
2003 |
• | Perpustakaan sekolah berpindah dari tingkat bawah Blok B ke tingkat satu Blok C. Sebuah bilik darjah bersebelahan dengan perpustakaan telah diubahsuai sebagai Bilik Alat Pandang Dengar (APD) |
|
2005 |
• | Sekolah menerima murid-murid perempuan sahaja untuk tingkatan peralihan dan tingkatan satu |
|
2010 |
• | Pendidikan Khas (PKBP) diadakan |
