Peperiksaan Akhir Tahun 2012 SMKPP diadakan mulai 8-19 Oktober 2012.
Oct 10
PAT 2012
Oct 08
Lawatan Sambil Belajar PKBP
Oct 08
Projek 1 Murid 1 Pokok
Projek 1 Murid 1 Pokok
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
SMK Padang Polo
Taklimat tentang tumbuhan akuatik dan penjagaan tumbuhan akuatik telah dijalankan pada 24 September 2012. Matlamat projek ini adalah untuk memberi latihan pra vokasional kepada pelajar-pelajar pendidikan khas dalam bidang penanaman tumbuhan akuatik agar mereka dapat menceburi diri dalam bidang seumpama ini pada masa hadapan.
Sep 28
MAJLIS CERIATHON 2012
Majlis Ceriathon 2012 telah diadakan pada 19 September 2012 (Rabu) di Dataran Kasih. Encik Roslan bin Rosli selaku Yang Di Pertua PIBG SMK Padang Polo telah merasmikan majlis tersebut. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kutipan kelas tertinggi, pemenang kutipan individu tertinggi dan juga aktiviti menceriakan kelas serta bilik-bilik khas.
Sep 28
JAMUAN HARI RAYA 2012
Jamuan Hari Raya SMK Padang Polo telah diadakan pada 30 Ogos 2012 (Khamis) bersama-sama dengan Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-55. Para pelajar dan guru sama-sama menikmati jamuan di Dataran Kasih dan juga kantin sekolah. Antara hidangan yang disediakan adalah sate, kuah kacang, lontong, ketupat, lemang, laksa, rendang dan lain-lain lagi. Terdapat juga para pelajar yang membawa kuih raya ke sekolah.














